Ranking BWF: Zii Jia Kembali Dalam Kelompok 50 Terbaik Dunia
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki negara yang kembali beraksi selepas berehat panjang ekoran kecederaan buku lali, Lee Zii Jia kembali menyertai kelompok 50 terbaik dalam Ranking Dunia.
Pemain berusia 27 tahun itu berada di ranking ke 51 dunia pada minggu lalu. Bagaimanapun, kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunjukkan Zii Jia merekodkan peningkatan empat anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-47 dunia bermula hari ini.
Peningkatan itu disumbangkan oleh pertambahan sebanyak 1,450 mata susulan beraksi di pusingan 64 pada Kejohanan Dunia BWF 2025.
Walaupun beraksi satu perlawanan sahaja, pungutan itu membolehkannya menaikkan semula kutipan matanya. Kini Zii Jia mempunyai 28,840 mata.
Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Leong Jun Hao yang mara sehingga ke pusingan 32 di Kejohanan Dunia pula berhasil menduduki ranking ke-23 dunia – julung kalinya menjejaki tangga tersebut.
Kemaraannya ke pusingan 32 itu memberikannya 3,700 dan pungutan itu membolehkan Jun Haoi mengumpul 3,700 mata.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia