
Dua perseorangan badminton lelaki negara, Justin Hoh dan Aidil Sholeh berhasil melepasi aksi peringkat kelayakan sekaligus menyertai babak undian utama Terbuka Hong Kong 2025 – salah satu Jelajah Dunia BWF Super 500.
Justin, 21 tahun, mengesahkan kemaraan selepas menjinakkan cabaran pemain India, Tharun Mannepalli pada suku akhir pusingan kelayakan dengan melakar kemenangan 21-23, 21-13 dan 21-18 dalam masa 70 minit.
Sebelum itu, Justin memulakan kempen dengan melakar kemenangan bergaya ke atas rakan senegara, Teh Jin Hong secara “straight set” menerusi skor 21-7 dan 21-11 pada pusingan 16 kelayakan.
Sementara itu, Aidil pula mara ke babak undian utama selepas mencetak kemenangan 21-7 dan 21-13 ke atas Heng Lin Ngan dari England pada suku akhir kelayakan.
Kemenangan itu hadir selepas Aidil mengetepikan pemain Kanada, Xiaodong Sheng menerusi skor 21-10 dan 21-19.
Di babak undian utama, pusingan 32, Justin akan membuat perhiyungan dengan pilihan kelapan kejohanan dari Perancis, Toma Junior Popov sementara Aidil pula akan berhadapan dengan wakil Chinese Taipei iaitu Chi Yu Jen yang berada di ranking ke-26 dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia