Terbuka Hong Kong: Aaron-Wooi Yik Tersingkir Awal

September 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka Hong Kong 2025 selepas beraksi dalam satu perlawanan sahaja susulan tumpas mengejut di tangan Ben Lane dan Sean Vendy. 

Biarpun diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan, gandingan dari England yang berada ranking ke-15 dunia itu tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan Aaron-Wooi Yik secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-13 di pusingan 32, sebentar tadi.

Kekalahan itu sekaligus menyingkirkan Aaron-Wooi Yik daripada salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 500 manakala Ben-Sean pula dapat meneruskan kempennya ke pusingan 16.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan ketiga dialami Aaron-Wooi Yik bertemu Ben-Sean selepas tumpas di pusingan 16 Terbuka Artik 2024 dan separuh akhir Sukan Komanwel 2022.

Sementara itu, Ben-Sean yang meneruskan kempen Terbuka Hong Kong akan menantikan cabaran samada daripada gandingan Chinese Taipei, Chen Cheng Kuan-Lin Bing-Wei atau beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd