Terbuka Hong Kong: Justin Hoh Singkir Pilihan Kelapan Kejohanan
September 10, 2025 Hafizuddin Omar

Perseorangan badminton lelaki negara berusia 21 tahun, Justin Hoh mencipta kejutan mengalahkan pilihan kelapan Terbuka Hong Kong 2025, Toma Junior Popov ketika turun berentap di pusingan 32, hari ini.

Biarpun turun buat pertama kali bertemu Popov, perkara tersebut tidak menghalang Justin untuk mencetak kemenangan bergaya dua set berturut-turut menerusi skor 21-12 dan 21-17 dalam masa 43 minit.

Bertambah bermakna, keputusan itu membolehkan Justin mara ke pusingan 16 dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 500 buat julung kali dalam kariernya.

Semalam, Justin mengesahkan tempat ke babak undian utama, pusingan 32, setelah berhasil menewaskan Tharun Mannepalli (India) dan Teh Jin Hong (Malaysia) pada pusingan 16 dan suku akhir peringkat kelayakan.

Perlawanan seterusnya, Justin akan membuat perhitungan dengan perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Untuk makluman, Jun Hao melakar kemaraan ke pusingan 16 selepas menumbangkan Lee Zii Jia juga secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-16 dan 21-16.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen