Terbuka Hong Kong: Aidil Tersangkut Di Pusingan 16

September 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perjalanan perseorangan lelaki negara yang bergerak secara bersendirian (independent), Aidil Sholeh di Terbuka Hong Kong 2025 nampak terhenti setakat pusingan 16.

Ianya gara-gara Aidil yang menduduki ranking ke-43 dunia tidak dapat mencabar kehebatan pemain No.2 Perancis, Christo Popov dan tewas dua set berturut-turut menerusi skor 19-21 dan 17-21 dalam masa 41 minit.

Sebagai rekod, perjalanan Aidil di Terbuka Hong Kong bermula daripada pusingan kelayakan dengan menyingkirkan Heng Lin Ngan (England) diikuti Xiaodong Sheng (Kanada) sebelum mara ke babak undian utama.

Aidil meneruskan rentak kemenangannya di pusingan 32 menumbangkan pemain No.4 Chinese Taipei iaitu Chi Yu Jen sebelum mara bertemu Popov merangkap pilihan keenam kejohanan.

Sementara itu, Popov yang mara ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada Rasmus Gemke (Denmark) atau juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew (Singapura).

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd