Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah Bertemu Pei Kee-Mei Xing Di Suku Akhir

September 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Dua beregu wanita terbaik negara pada saat ini akan berentap sesama sendiri di peringkat suku akhir Terbuka Hong Kong 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 500.

Pertembungan itu terhasil susulan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing di pusingan 16, sebentar tadi.

Naib juara Kejohanan Dunia BWF, Pearly-Thinaah mengesahkan kemaraan hasil menumpaskan beregu Indonesia, Febriana Kusuma-Meilysa Puspitasari secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-18 dan 21-17.

Sementara itu, Pei Kee-Mei Xing pula menyingkirkan beregu Chinese Taipei, Hsu Ya Ching dan Sung Yu-Hsuan juga secara dua set berturut-turut iaitu 21-19 dan 21-18.

Rekod menunjukkan kedua-duanya pasangan ini belum pernah bertembung sesama sendiri lagi sehingga ke hari ini. 

Namun, di atas kertas Pearly-Thinaah dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi persaingan ini berdasarkan status beregu wanita No.1 negara serta prestasi semasa terutamanya ketika beraksi di Kejohanan Dunia BWF, baru-baru ini.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd