Masters China: Beregu Campuran No.2 Malaysia Kandas Di Pusingan 16

September 18, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Kempen beregu campuran No.2 negara merangkap pilihan kelapan kejohanan, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai di Masters China 2025 menemui titik noktahnya di peringkat pusingan 16.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat meneruskan kempennya susulan tewas kepada beregu bukan pilihan dari Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan, sebentar tadi.

Soon Huat-Shevon tewas menerusi skor 6-21, 21-16 dan 12-21 dalam masa 40 minit dalam pertemuan pertama menentang Hong Wei-Nicole terbabit.

Terdahulu, Soon Huat-Shevon mencetak kemaraan ke pusingan 16 selepas menundukkan beregu campuran senegara iaitu Wong Tien Ci dan Lim Chiew Sien melalui skor 21-17 dan 21-12 dalam masa setengah jam.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan keempat berturut-turut dimana Soon Huat-Shevon gagal melangkah masuk ke peringkat suku akhir bermula saingan Terbuka China, Kejohanan Dunia BWF dan Terbuka Hong Kong.

Sementara itu, Hong Wei-Nicole yang melangkah ke suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada pilihan keempat kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran atau beregu Jepun, Yuichi Shimogami dan Sayaka Hobara.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd