Masters China: Tang Jie-Ee Wei Ke Separuh Akhir Super 750
Hafiz Omar

Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menjejaki peringkat separuh akhir Masters China 2025 – salah satu daripada siri Jelajah Dunia BWF Super 750.
Gandingan yang merangkul gelaran juara dunia itu memuktamadkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Hong Kong, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Ianya dimenangi oleh Tang Jie-Ee Wei menerusi tiga set permainan berskor 21-12, 12-21 dan 21-17 dalam masa lebih satu jam di Gelanggang 2, Shenzhen Arena.
Keputusan pada hari ini turut menjadikan Tang Jie-Ee Wei mendahului rekod pertemuan di kejohanan antarabangsa dengan dua kemenangan berturut-turut daripada dua pertembungan.
Di peringkat seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan menantikan cabaran daripada salah satu beregu tuan rumah iaitu pasangan No.1 dunia, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping atau pasangan No.5 dunia, Guo Xin Wa dan Cheng Fang Hui.
Featured Image: BAM