Andre Onana Cetak ‘Assist’ Di Turkiye

September 22, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penjaga gol yang dipinjamkan kepada Trabzonspor iaitu Andre Onana mencipta sensasi di Turkiye apabila mencetak bantuan gol yang cukup bermakna buat kelabnya bagi memungut satu mata dalam saingan liga negara berkenaan. 

Diturunkan buat kali kedua bagi menjaga gawang Trabzonspor, satu tendangan jauh ke arah kotak penalti dilakukannya berhasil dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang, Paul Onuachu untuk menyumbat gol pada minit ke-70 sekaligus menjadikan kedudukan 1-1.

Sebelum itu, gawang yang dikawal oleh Onana bolos pada minit ke-39 susulan Kevin Rodrigues merembat bola dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran daripada sepakan sudut oleh Alexandru Maxim.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Arda Kardesler meniup wisel menamatkan permainan.

Trabzonspor kini berada di tangga kelima Superlig setelah mengharungi enam perlawanan musim 2025-26.

Untuk makluman, Onana diumumkan menyertai Trabzonspor pada 12hb September lalu setelah dipinjamkan keluar bagi musim 2025-26 oleh kelab induknya, Manchester United.

Perlawanan bertemu Fenerbahce bagi aksi kelima Superlig menjadi debut buat pemain berusia 29 tahun kelahiran Cameroon bersama Trabzonspor.

Featured Image: Trabzonspor

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd