Terbuka Korea: Beregu Campuran No.2 Negara Lepasi Pusingan 32
Hafiz Omar

Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai nampaknya tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan pertama di Terbuka Korea 2025 sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan 16 bagi kejohanan terbabit.
Beregu campuran No.2 negara itu mara selepas menundukkan wakil Indonesia, Adnan Maulana dan Indah Cahya dengan mudah secara dua set berturut-turut, 21-9 dan 22-20 dalam masa 33 minit.
Kemenangan itu membawa mereka bertemu beregu China yang menghuni ranking ke-25 dunia, Gao Jia Xuan dan Wu Meng Ying pada pusingan seterusnya.
Terdahulu, Jia Xuan-Meng Ying melakar kemaraan dengan menumpaskan pasangan Republik Czech, Ondrej Kral dan Tereza Svabikova juga secara dua set berturut-turut, 21-14 dan 21-12.
Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini belum merekodkan sebarang pertemuan setakat ini.
Featured Image: BAM