Terbuka Korea: Tien Ci-Chiew Sien Ke Pusingan 16

September 24, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Sepasang lagi beregu campuran negara iaitu Wong Tien Ci dan Lim Chiew Sien turut mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Terbuka Korea 2025.

Pasangan yang menduduki ranking ke-35 dunia ini mara selepas berhasil menumbangkan wakil Chinese Taipei, Liu Kuang Heng dan Jheng Yu Chieh ketika bertembung di pusingan 32, hari ini.

Dalam pertarungan tersebut, Tien Ci-Chiew Sien mencetak kemenangan ke atas beregu yang berada di ranking ke-46 dunia terbabit secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-13 dan 22-20 dalam masa 36 minit.

Sementara itu, di pusingan 16 kelak, Tien Ci-Chiew Sien akan berhadapan samada beregu Republik Korea, Lee Jongmin dan Chae Yu Jung atau sepasang lagi beregu Chinese Taipei, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang bagi merebut tiket suku akhir.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd