Terbuka Korea: Justin Kejutkan Pemain No.19 Dunia
Hafiz Omar

Pemain muda negara, Justin Hoh menjadi satu-satunya wakil negara mara ke pusingan 16 bagi sektor perseorangan lelaki di Terbuka Korea 2025 selepas melakukan kejutan ke atas wakil China, Wang Zheng Xing.
Biarpun pemain tersebut berada di ranking yang lebih tinggi, ke-19 dunia, Justin yang sekadar di ranking ke-37 dunia berjaya menampilkan aksi yang garang dan mengetepikan pemain itu secara dua set berturut-turut, 21-6 dan 21-19.
Itu merupakan julung kalinya Justin, 21 tahun, bertemu Zheng Xing yang berusia 23 tahun di kejohanan antarabangsa.
Pada peringkat seterusnya, Justin akan menantikan cabaran samada daripada pilihan pertama kejohanan dari Denmark, Anders Antonsen atau pemain Republik Korea, Yoo Tae Bin untuk merebut tiket ke suku akhir.
Featured Image: BAC