Sabah FC, Gombak FC Dikenakan Sekatan Perpindahan FIFA

September 25, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Super iaitu Sabah FC nampaknya dikenakan sekatan perpindahan oleh badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Nama kelab berkenaan tersenarai dalam laman sesawang “FIFA Registration Ban List” berserta perincian tarikh permulaan sekatan dari 16hb September 2025 dengan tempoh sekatan sehingga tiga kali jendela pendaftaran atau perpindahan saingan domestik.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat didapati mengenai punca atau kes yang dihadapi oleh Sabah FC menyebabkannya memasuki senarai sekatan berkenaan.

Sementara itu, kelab yang beraksi dalam kancah Liga A1 Semi-Pro musim lalu, Gombak FC turut dilihat berada dalam senarai berkenaan dengan tarikh sekatan bermula 22hb September 2025.

Selain daripada dua kelab yang dinyatakan, terpapar dalam senarai ini pada September 2025, beberapa kelab lain turut tersenarai sepanjang tahun ini seperti Kedah Darul Aman FC, Perak FC dan PT Athletic FC.

Featured Image: Sabah Football Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd