Masters Al Ain: Pilihan Kelima Singkir Siti Zulaikha Di Pusingan 16

October 2, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita muda negara, Siti Zulaikha terpaksa akur tidak dapat melangkah ke peringkat suku akhir Masters Al Ain 2025 selepas tewas di tangan pilihan kelima kejohanan, Neslihan Arin.

Bagaimanapun, Zulaikha yang berusia 19 tahun tidak memberikan laluan muda buat pemain dari Turkiye itu ketika berentap di pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan terbabit, Zulaikha bermula langkah kiri tewas 8-21 sebelum bangkit pada set kedua mencatatkan kemenangan 21-16.

Namun begitu, di set ketiga, Arin mempamerkan semula kehebatannya dan menuntup pertarungan itu dengan skor 21-8 sekaligus meraih tiket kemaraan ke suku akhir.

Bagi kempen yang seterusnya, Zulaikha dijadualkan menyertai Cabaran Antarabangsa Turkiye 2025 – sebuah kejohanan Gred 3 kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd