Masters Al Ain: Letshanaa Teruskan Langkah Ke Suku Akhir

October 2, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pilihan pertama kejohanan dari Malaysia, Letshanaa Karupathevan meneruskan langkahnya di Masters Al Ain dengan mara ke peringkat suku akhir.

Letshanaa yang memegang status sebagai pemain No.1 negara pada saat ini melangkah ke peringkat terbabit selepas menundukkan pemain Bulgaria, Hristomira Popovska dengan dengan bergaya.

Dalam pertarungan itu, Letshanaa mencetak kemenangan pada set pertama menerusi skor 21-6 diikuti dengan set kedua dengan skor 21-15 dalam masa 24 minit sahaja.

Susulan kemenangan itu, Letshanaa akan menemui pemain Indonesia, Chiara Marvella Handoyo untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

Untuk makluman, Chiara, ranking ke-148 mara selepas mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari India, Anmol Kharb menerusi tiga set permainan iaitu 21-15, 17-21 dan 21-19 dalam masa 71 minit.

Merujuk kepada rekod, Letshanaa dan Chiara sudah pernah berentap sebanyak dua kali, pada tahun lalu, dan ianya berakhir seimbang dengan mencatatkan satu kemenangan masing-masing.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd