Cklamovski Panggil Penjaga Gol Selangor FC & Terengganu FC
Hafiz Omar

Kem latihan skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya yang bermula hari ini nampaknya menerima kedatangan dua nama baharu di posisi penjaga gol dari kelab Selangor FC dan Terengganu FC.
Dua nama yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski berkenaan ialah Sikh Izhan Nazrel dan Suhaimi Husin masing-masing.
Menurut pemakluman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kedua-dua penjaga gol itu, berada dalam Senarai Bersedia, dipanggil bagi menggantikan Azri Ghani (Negeri Sembilan FC) dan Haziq Nadzli (Kuching City FC).
Penjaga gol berusia 26 dan 27 tahun masing-masing itu tidak dapat menyertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini atas faktor kesihatan.
Kem latihan Harimau Malaya bermula hari ini hingga 8hb Oktober (Rabu) di Vientiane, Loas.
Mereka akan turun menghadapi Laos, pasukan ke-185 dunia, bagi aksi ketiga Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada 9hb Oktober (Khamis) di Stadium Nasional, Vientiane, Laos.
Selepas itu mereka akan pulang ke tanah air menyambung kem latihan pusat dari 10hb hingga 13hb Oktober di Kuala Lumpur sebelum bertemu Laos, sekali lagi, bagi aksi keempat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada 14hb Oktober (Selasa) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Featured Image: Malaysia NT