Aidil Sholeh Tutup Saingan Masters Al Ain 2025 Selaku Naib Juara
Hafiz Omar

Perseorangan badminton lelaki negara yang bergerak secara persendirian (independent), Aidil Sholeh menamatkan kempen Masters Al Ain 2025 selaku naib juara.
Pemain berusia 25 tahun berkenaan terlepas gelaran juara susulan tewas di tangan perseorangan lelaki No.2 Finland, Joakim Oldorff dalam perlawanan akhir, pada hari ini.
Pertarungan itu berlangsung sengit dengan Aidil terlebih melakar kemenangan pada set pertama, 21-14, sebelum dikejar semula oleh Joakim pada set kedua, 21-17.
Bagaimanapun, Aidil terpaksa akur dengan kehebatan Joakim pada set ketiga apabila tewas 7-21 sekaligus terlepas gelaran juara bagi salah satu Jelajah BWF Super 100 berkenaan.
Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Aidil menjejakkan kaki ke perlawanan akhir bagi tahun 2025 selepas mara ke Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025.
Ketika beraksi di situ, Aidil berhasil menamatkan kempen dengan bergelar juara.
Featured Image: Badminton Asia