FIFA Gabung Jendela Antarabangsa September & Oktober Bermula 2026

October 7, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kalendar perlawanan antarabangsa bola sepak lelaki mengalami perubahan bermula tahun 2026 hingga 2030.

Perubahan itu menyaksikan badan induk, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggabungkan jendela antarabangsa September dan Oktober kepada satu jendela bertempoh 16 hari.

Pada jendela itu juga, FIFA membenarkan setiap skuad kebangsaan turun beraksi dalam empat perlawanan antarabangsa bertaraf Tier 1 secara maksimum.

Perubahan ini bakal memberikan setiap skuad kebangsaan peluang untuk menjalankan kem latihan pusat masing-masing dengan lebih tersusun dan teratur.

Selain itu, ianya akan mengurangkan kekerapan rehat bagi pertandingan bola sepak domestik khususnya pada September dan Oktober bagi setiap tahun di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, kebajikan para pemain yang terlibat dengan skuad kebangsaan lebih terjaga dengan mengurangkan kekerapan untuk menempuh perjalanan yang panjang – sebagai contoh Song Heung-min yang terpaksa terbang dari Amerika Syarikat ke Korea untuk menyertai skuad Taeguk Warriors.

Hasil daripada perubahan ini, jendela antarabangsa FIFA bagi bola sepak lelaki akan berkurang daripada lima pada ketika ini kepada empat jendela sahaja.

Jendela antarabangsa pada bulan Mac, Jun dan November kekal sepertimana sebelum ini termasuk maksimum dua perlawanan bertaraf Tier 1 sahaja yang dibenarkan.

Kalendar Antarabangsa FIFA 2026 – 2030 (Bola Sepak Lelaki)

Tahun 2026

  • 23hb – 31hb Mac
  • 1hb – 9hb Jun
  • 11hb – 19hb Julai [Piala Dunia FIFA]
  • 21hb September – 6hb Oktober
  • 9hb – 17hb November 

Tahun 2027

  • Januari [Piala Asia AFC]
  • 22hb – 30hb Mac
  • 7hb – 15hb Jun
  • Jun/Julai [Piala Emas CONCACAF]
  • 20hb September – 5hb Oktober
  • 8hb – 16hb November

Tahun 2028

  • 20hb – 28hb Mac
  • 29hb Mei – 6hb Jun
  • Jun/Julai [EURO UEFA]
  • Jun/Julai [Copa America CONMEBOL]
  • Jun/Julai [Piala Negara-Negara OFC]
  • 18hb September – 3hb Oktober
  • 13hb – 21hb November

Tahun 2029

  • 19hb – 27hb Mac
  • 4hb – 12hb Jun
  • Jun/Julai [Piala Emas CONCACAF]
  • 24hb September – 9hb Oktober
  • 12hb – 20hb November

Tahun 2030

  • 18hb – 26hb Mac
  • 3hb – 11hb Jun
  • Jun/Julai [Piala Dunia FIFA]
  • 23hb September – 8hb Oktober
  • 11hb – 19hb November

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd