Terbuka Artik: Arif-Roy King Buat Perhitungan Dengan Bekas Beregu No.1 Dunia

October 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King akan membuat perhitungan dengan bekas beregu lelaki No.1 dunia, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen pada pusingan 16 di Terbuka Artik 2025.

Pertembungan itu terhasil apabila Arif-Roy King yang kini berada di ranking ke-20 dunia mencetak kemenangan ke atas pasangan Sweden, Mio Molin dan Max Svensson di pusingan 32, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam aksi tersebut, Arif-Roy King melakar kemenangan dua set berturut-turut menerusi skor 21-13 dan 21-15 dalam masa 34 minit.

Sementara itu, lawannya, Kim-Anders pula mara ke peringkat yang sama selepas menang ke atas wakil Scotland, Alexander Dunn dan Adam Pringle menerusi skor 21-12 dan 21-16 dalam masa 33 minit.

Sebagai rekod, Arif-Roy King dan Kim-Anders sudah pernah berentap sebanyak tiga kali sebelum ini.

Dua daripada tiga pertemuan itu berpihak kepada Kim-Anders, Masters Malaysia 2024 dan Terbuka Denmark 2024.

Manakala satu pertemuan lagi, yang berlangsung di Terbuka Hong Kong 2025, dimenangi oleh Arif-Roy King.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd