Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik Bertemu Hang Yee-Eng Cheong

October 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pilihan pertama di Terbuka Artik 2025 dalam sektor beregu lelaki iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan berhadapan dengan rakan senegara, Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong di pusingan 16.

Pertembungan itu tercetus selepas Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran wakil Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard di pusingan 32, mengalahkan mereka menerusi skor 21-18 dan 21-15.

Sementara itu, Hang Yee-Eng Cheong yang berada di ranking ke48 dunia pula mara secara automatik selepas mendapat “bye” di  pusingan 32.

Menarik untuk disaksikan pertemuan melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Hang Yee-Eng Cheong kerana kedua-duanya belum pernah menentang satu sama lain di sebarang kejohanan antarabangsa setakat ini.

Sebagai rekod, pada edisi lalu, perjalanan Aaron-Wooi Yik terhenti setakat pusingan 16 selepas tewas kepada beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd