Adidas Brand Center Di Sunway Pyramid Berwajah Baharu

October 9, 2025
Lain-Lain

Hafiz Omar

Peneraju global dalam industri barangan sukan, Adidas tampil membuka semula butiknya, Brand Center di Sunway Pyramid secara rasmi pada Rabu dengan menampilkan wajah serba baharu yang kreatif, interaktif serta imersif.

Pembaharuan semula penampilan butik merentasi dua aras itu dilabelkan sebagai mercu tanda kreatif bagi Adidas dimana sukan, gaya jalanan dan budaya bersatu disamping meraikan identiti setempat.

Di dalam butik berkenaan, Adidas membahagikan beberapa ruang yang dimiliki kepada beberapa zon mengikut jenis sukan, aktiviti serta fesyen di bawah jenamanya.

Ruang pertama yang dipamerkannya adalah pabola sepak dimana jersi-jersi kelab bola sepak ternama dunia yang ditaja dan dihasilkan oleh Adidas seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal, Bayern Munich dan Real Madrid digantung kemas dan teratur untuk tatapan para pembeli.

Memasuki ke bahagian belakang butiknya, tersergam “Footwear Wall” yang dipenuhi dengan pelbagai jenis but serta kasut jenamanya samada untuk larian, bersukan mahupun berjalan bagi jantina lelaki dan perempuan.

Satu ruangan untuk sukan permotoran turut dikhaskannya dengan menawarkan pelbagai jenis pakaian dan barangan kolaborasi Adidas bersama Mercedes-AMG Petronas F1 Team selain menempatkan sebuah permainan simulator Formula 1.

Tidak ketinggalan, terdapat juga beberapa ruang kecil yang menampilkan produk pakaian dan barangan bagi aktiviti bersenam, mendaki, pickleball, tenis dan lain-lain lagi.

Di aras atas, Adidas menumpukan ruangan itu dengan meletakkan pelbagai pakaian dengan fesyen klasik mahupun moden serta kasut sniker sub-jenamanya seperti Superstar, Samba, Spezial, Campus, Gazelle, Stan Smith dan lain-lain lagi.

Bagi yang berminat untuk menerjah Adidas Brand Center yang berwajah baharu ini – boleh berkunjung ke Lot 1.18 – 1.20A di Aras LG dan Lot 1.17 – 1.19 di Aras G.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd