Indonesia Jatuh Ke Tangga 123 Dunia

October 13, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kekalahan 0-1 di tangan Iraq pada Ahad bukan sahaja menutup pintu buat Indonesia ke Piala Dunia FIFA 2026 bahkan turut membuatkan kedudukannya dalam Ranking Dunia semakin jatuh.

Dalam perlawanan itu, Indonesia bimbingan Patrick Kluivert tewas kepada Iraq hasil jaringan pemain Liga Belanda, Zidane Ammar Iqbal pada babak kedua sambil disaksikan oleh 14,687 penonton di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah.

Susulan kekalahan itu, Indonesia hilang 6.53 mata dan ianya menjadikan Indonesia jatuh ke tangga ke-123 dunia secara tidak rasmi dalam Ranking Dunia.

Sebelum ini, kekalahan 2-3 di tangan Arab Saudi telah menolaknya jatuh satu anak tangga dan menyebabkannya terpaksa menghuni ranking ke-120 dunia berbanding kedudukan semasanya – ranking ke-119 dunia.

Sebagai perbandingan, Malaysia kini secara tidak rasminya berada di ranking ke-119 dunia.

Kedudukan itu berkemungkinan besar akan berubah berdasarkan keputusan bertemu Loas pada 14hb Oktober (Selasa) – aksi keempat peringkat Kumpulan B bagi pusingan tiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Sementara itu, kedudukan terkini setiap skuad kebangsaan dalam Ranking Dunia akan diketahui dalam selepas FIFA melakukan kemaskininya pada 23hb Oktober kelak.

Featured Image: Iraq National Team

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd