Ranking BWF: Jun Hao Kembali Dalam Kelompok 20 Terbaik Dunia

October 14, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao kembali dalam kelompok 20 pemain lelaki terbaik dunia.

Perkembangan itu hadir susulan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan kedudukannya meningkat satu anak tangga berbanding pada minggu lalu – kini di tangga ke-20 dunia.

Sebagai rekod, pemain berusia 26 tahun itu berada di tangga berkenaan hasil mengumpul 50,011 mata.

Sementara itu, kedudukan dua perseorangan lelaki negara iaitu Justin Hoh dan Aidil Sholeh tidak mengalami perubahan dan kekal di tangga ke-36 dan ke-39 masing-masing.

Malang menimpa buat bekas pemain No.1 negara, Lee Zii Jia apabila kemaskini oleh BWF membuatkannya jatuh sebanyak 15 anak tangga sekaligus menempatkannya di tangga ke-59 dunia.

Kali terakhir Zii Jia dilihat menghampiri kedudukan ke-60 dunia adalah pada penghujung November 2018.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd