Indonesia Hentikan Khidmat Patrick Kluivert Selepas Gagal Ke Piala Dunia 2026
Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia kini tidak lagi menggunakan khidmat legenda Barcelona dan Belanda, Patrick Kluivert selepas gagal melayakkan diri ke saingan Piala Dunia FIFA 2026.
Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dan barisan kejurulatihan diketuai Kluivert menerusi mekanisme persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama dengan lebih awal.
“Penghentian kerjasama ini dilakukan atas dasar persetujuan antara kedua-dua pihak, dengan mempertimbangkan dinamik dalaman serta hala tuju strategik pembangunan pasukan kebangsaan pada masa hadapan.”
“Dengan berakhirnya kerjasama tersebut, barisan kejurulatihan itu tidak lagi membimbing skuad kebangsaan Indonesia di peringkat senior, bawah 23 tahun (B-23) mahupun bawah 20 tahun (B-20).” tulis kenyataan oleh PSSI.
Ketika diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad senior kebangsaan Indonesia pada 9hb Januari lalu, Kluivert diberikan kontrak selama dua tahun oleh PSSI disamping mempunyai pilihan untuk melanjutkannya.
Kedatangan jurulatih berusia 49 tahun itu turut ditemani oleh dua individu dari Belanda iaitu Alex Pastoor dan Denny Landzaat selaku dua penolong jurulatih.
Sepanjang mengendalikan skuad berjulukan Garuda itu, Patrick hanya merekodkan tiga kemenangan ketika bertemu Bahrain, China dan Chinese Taipei serta satu keputusan seri semasa melawan Lubnan.
Baki empat perlawanan bertemu Australia, Jepun, Arab Saudi dan Iraq berakhir dengan kekalahan.
Featured Image: PSSI