Terbuka Denmark: Soon Huat-Shevon Melangkah Ke Suku Akhir

October 16, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pasangan suami isteri yang menghuni ranking kesembilan dunia, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil melangkah ke peringkat suku akhir di Terbuka Denmark 2025.

Langkah itu terhasil selepas Soon Huat-Shevon yang turut diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan dapat menewaskan beregu Jepun, Yuichi Shimogami dan Sayaka Hobara di pusingan 16, sebentar tadi.

Ini merupakan julung kalinya Soon Huat-Shevon bertemu Shimogami-Hobara di kejohanan antarabangsa. Namun, ianya tidak menghalang Soon Huat-Shevon untuk menjinakkan lawannya sekaligus mencetak kemenangan bergaya menerusi skor 21-13 dan 21-18 dalam masa 37 minit.

Lawan buat Soon Huat-Shevon belum ditentukan ketika laporan ini ditulis, Akan tetapi, Soon Huat-Shevon akan menantikan cabaran samada daripada beregu No.1 Malaysia merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2025, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atau pasangan China, Gao Jia Xuan dan Wu Meng Ying.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd