Ranking BWF: Tang Jie-Ee Wei Kembali Huni Tangga Ketiga Dunia
Hafiz Omar

Beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei kembali meletakkan diri mereka di posisi No.3 dalam Ranking Dunia.
Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap ranking tersebut pada hari ini yang menyaksikan kedudukan Tang Jie-Ee Wei melonjak satu anak tangga.
Lonjakan itu tercetus selepas pasangan berusia 27 dan 25 tahun masing-masing itu mengumpul 91,463 mata daripada sepuluh kejohanan terbaik disertainya dalam 52 minggu yang lepas.
Ianya memintas kedudukan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran yang kini jatuh ke tangga No.4 dunia dengan jumlah pungutan 90,165 mata.
Tang Jie-Ee Wei dilihat menghuni tangga ketiga dunia buat kali terakhir sekitar pertengahan September lalu sebelum jatuh ke tangga keempat dunia selama empat minggu berturut-turut.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia