Bayern Munich Lanjut Kontrak Kompany Sehingga 2029

October 22, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich bertindak melanjutkan kontrak ketua jurulatihnya, Vincent Kompany sehingga 30hb Jun 2029 – sebelum aksi ketiga Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bertemu Club Brugge.

Kompany, 39 tahun, tiba di Allianz Arena pada Mei 2024 diberikan kontrak selama tiga musim yang mengekalkannya sehingga musim panas pada tahun 2027.

Lanjutan itu hadir selepas Kompany mengemudi kelab berjulukan Die Roten itu muncul juara Bundesliga 2024-2025 serta menjulang trofi Franz Beckenbaeuer Supercup 2025 dengan mengalahkan VfB Stuttgart sekitar pertengahan Ogos lalu.

Selain itu, Kompany turut memulakan musim ini dengan cemerlang – merekodkan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan Bundesliga serta dua kemenangan dalam UCL.

Featured Image: Bayern Munich

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd