Rekod Tang Jie-Ee Wei vs Chung Man-Ying Suet
Hafiz Omar

Beregu badminton campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2025 dan menantinya di situ adalah Tan Chung Man dan Tse Ying Suet dari Hong Kong.
Melihat kepada rekod, Tang Jie-Ee Wei dan Chung Man-Ying Suet pernah bertembung sebanyak dua kali setakat ini – Masters China 2025 dan Terbuka Artik 2023.
Rekod itu menunjukkan Tang Jie-Ee Wei tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan pasangan No.8 dunia itu dengan kedua-dua pertarungan itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Di Masters China, Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan menerusi skor 21-12, 12-21 dan 21-17 dalam masa satu jam satu minit manakala di Terbuka Artik, gandingan yang meraih gelaran juara dunia itu mencetak kemenangan melalui skor 21-11 dan 21-10 dalam masa 29 minit.
Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan meraih tiket ke peringkat suku akhir selepas bertarung sengit dengan pasangan Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan di peringkat suku akhir.
Dalam pertarungan itu, Tang Jie-Ee Wei terpaksa bermain tiga set permainan yang berlanjutan sehingga satu jam dan tiga minit lamanya sebelum dapat menumpaskan lawannya menerusi skor 22-20, 17-21 dan 22-20.
Sementara itu, Chung Man-Ying Suet yang yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan mara ke peringkat yang sama selepas menundukkan beregu dari negara matahari terbit, Yuichi Shimogami dan Sayaka Hobara menerusi skor 21-23, 21-10 dan 21-14 dalam masa 55 minit.
Featured Image: Thailand Open