Skechers Lantik Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Sebagai Duta Serta Perkenalkan Koleksi But Baharu

October 17, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pertahanan dan pemain tengah Selangor FC iaitu Sharul Nazeem Zulpakar dan Aliff Haiqal Lau menjadi nama baharu yang dilantik Atlet Skechers sekaligus menyertai Safuwan Baharudin selaku duta bagi jenama berkenaan.

Pelantikan rasmi itu hadir selepas kedua-dua pemain berusia 25 tahun masing-masing berkenaan membuat penampilan khas di acara media Skechers Football di Do Arena Lalaport.

Penampilan dua pemain itu turut diiringi dengan kelibat pemain berstatus legenda, Indra Putra Mahayuddin serta penampilan khas pemain kelahiran Sweden namun beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand, Kevin Deeromram.

Dalam acara itu, Sharul Nazeem atau lebih dikenali sebagai Afro dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan Aliff serta Indra diraikan menerusi cabaran bola sepak eksklusif yang turut disertai oleh beberapa rakan media yang bertuah.

Kesemua bintang Liga Super serta rakan media diberikan peluang untuk menyarung but baharu daripada koleksi Skechers CTRL^ Pack yang dilancarkan pada acara terbabit untuk menyudahkan cabaran-cabaran yang dihidangkan.

Koleksi baharu itu terdiri daripada model Skechers Razor 1.5 Elite FG, Skechers SKX_2 Elite FG (RM1,199); Skechers Razor 1.5 Academy FG, Skechers SKX_2 Academy FG (RM499); Skechers SKX_2 Club MG (RM399).

Ianya turut menampilkan koleksi untuk saiz kanak-kanak; Skechers Razor 1.5 Jr Youth FG dan Skechers SKX_2 Jr Youth MG dengan tanda harga RM259 masing-masing.

Dimaklumkan, koleksi but bola sepak baharu oleh Skechers itu akan ditawarkan terlebih dahulu di beberapa cawangan Football Republic terpilih. Sementara itu, keluaran tambahan akan dikeluarkan sepanjang Oktober.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd