Pencabar Selangor FC Dalam Piala Shopee Lantik Masatada Ishii Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

October 31, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Masatada Ishii yang menganggur seketika susulan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand mendapat pekerjaan baharu bersama sebuah kelab di negara itu.

Kelab berkenaan ialah BG Pathum United yang sekumpulan dengan Selangor FC dalam kancah Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee.

Skuad berjulukan The Rabbits itu mengumumkan pelantikan Ishii yang berusia 28 tahun dan kelahiran Jepun itu menerusi satu kenyataan yang dikongsikan pada Khamis.

Kancah bola sepak domestik Thailand bukanlah sesuatu yang asing buat Ishii. Sebelum bergelar pengendali skuad Gajah Perang, Ishii telah mengemudi Buriram United dan menjuarai pelbagai kejuaraan selain melatih Samut Prakan City  ketika mula berkelana di Thailand.

Di negara kelahirannya sendiri, Ishi pernah mengendalikan Kashima Antlers dan Omiya Ardija.

Perlawanan pertama kendalian Ishii bersama BG Pathum United adalah bertemu Chonburi FC di tempat lawan dalam saingan liga pada Ahad. 

Untuk makluman, khidmat Ishii disambar BG Pathum United bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Supahchai Komsilp yang meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pada 3hb Oktober lalu berikutan tidak mencapai prestasi yang ditetapkan oleh kelab.

Featured Image: BG Pathum United

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd