Max Dowman Cipta Sejarah Bersama Arsenal
Hafiz Omar

Pemain sayap kelahiran Chelmsford, Max Dowman mencipta rekod sebagai pemain termuda yang bermula dalam kesebelasan utama dalam sejarah Arsenal.
Sejarah itu tercipta apabila pengurus, Mikel Arteta membariskan namanya ketika Arsenal melayan kunjungan Brighton and Hove Albion pada pusingan keempat Piala Carabao pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).
Umurnya ketika diturunkan dalam perlawanan itu adalah 15 tahun dan 302 hari sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh pemain sebelum ini, Jack Porter pada usia 16 tahun dan 72 hari, semasaa turun bertemu Bolton dalam pertandingan yang sama pada September 2024.
Dalam perlawanan tersebut, Dowman bermain sehingga minit ke-71 sebelum dikeluarkan dan digantikan dengan Bukayo Saka oleh Arteta. Ketika itu, Arsenal telah mendahului 1-0 hasil jaringan Ethan Nwaneri.
Walaubagaimanapun, rekod pemain termuda yang beraksi bersama Arsenal masih dipegang oleh Ethan Nwaneri yang diturunkan pada usia 15 tahun dan 181 hari ketika bertemu Brentford dalam saingan Premier League pada September 2022.
Featured Image: Max Dowman Cipta Sejarah Bersama Arsenal

Featured Image: Arsenal