Phil Foden Pahat Sejarah Baharu Premier League

November 3, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain tengah menyerang yang menyarung jersi bernombor 47 mencipta satu sejarah – muncul sebagai pemain termuda yang tampil sebanyak 200 kali dalam aksi Premier League.

Foden merekodkan penampilan ke-200 itu selepas diletakkan dalam kesebelasan utama oleh Pep Guardiola ketika melayan kunjungan Bournemouth di Stadium Etihad, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Produk akademi Manchester City itu beraksi sehingga minit ke-90 dan turut membantu skuad berjulukan The Cityzen mencatatkan kemenangan 3-1 sebelum digantikan dengan Rayan Ait-Nouri.

Foden merekodkan penampilan ke-200 itu pada usia 25 tahun dan 158 hari – memadam rekod yang dilakukan 200 penampilan dalam Premier League oleh Raheem Sterling iaitu pada usia 26 tahun dan 284 hari.

Untuk pengetahuan semua, Foden merekodkan debutnya dalam kancah Premier League ketika bertemu Tottenham Hotspur ketika berusia 17 tahun dan 182 hari.

Dalam perlawanan itu, Foden dimasukkan oleh Guardiola pada minit ke-83 bagi menggantikan Ilkay Gundogun.

Secara keseluruhan, Foden kini telah merekodkan 331 penampilan bersama kelabnya dalam pelbagai pertandingan.

Dia juga menghuni tangga ke-26 dalam senarai penampilan terbanyak pemain sepanjang zaman bersama Manchester City.

Featured Image: Manchester City

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd