Ranking BWF: Letshanaa, Kisona Baiki Kedudukan
Hafiz Omar

Perseorangan badminton wanita negara, Letshanaa Karupathevan merekodkan peningkatan dalam Ranking Dunia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskininya, pada hari ini.
Kemaskini itu menyaksikan Letshanaa, 22 tahun, merekodkan peningkatan tiga anak tangga sekaligus menempatkannya di tangga ke-42 dunia bagi minggu ke-45 tahun ini.
Menyumbang kepada peningkatan itu adalah kemaraannya ke pusingan 16 di Terbuka HYLO 2025 yang berlangsung pada minggu lalu – memberikannya tambahan 3,600 mata.
Saat ini, Letshanaa telah mengumpul 33,178 mata daripada 10 kejohanan terbaik yang disertainya dalam tempoh 52 minggu lalu.
Sementara itu, kemaskini yang sama menyaksikan seorang lagi pemain wanita negara, Kisona Selvaduray yang turut mara ke pusingan 16 di Terbuka HYLO 2025 minggu lalu merekodkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga.
Peningkatan itu sekaligus meletakkannya di tangga ke-80 dunia bagi minggu ini dengan pengumpulan sebanyak 22,480 mata.
Kedudukan dua lagi pemain negara, Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching pula tidak mengalami perubahan dimana kedua-duanya kekal di tangga ke-63 dan ke-64 masing-masing.
Featured Image: BAM