Eliud Kipchoge Bakal Berlari Di Tujuh Benua Termasuk Antartika
Hafiz Omar

Legenda maraton yang memenangi dua pingat emas Sukan Olimpik dari Kenya, Eliud Kipchoge mengumumkan projek satu projek baharunya iaitu Jelajah Dunia Eliud Kipchoge.
Projek itu bakal menyaksikan pelari berusia 41 tahun yang telah mengecapi 11 kemenangan dalam acara maraton utama akan menyertai satu acara di setiap benua dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ini termasuk melakukan larian di benua antartika – sebuah dataran ais dimana suhunya boleh mencecah -80°C.
Inisiatif ini menandakan satu lembaran baharu dalam kariernya dengan menggabungkan larian elit bersama-sama misi untuk menyatukan dunia dengan larian.
Setiap hentian daripada jelajah itu akan diadakan aktivit pengumpulan dana untuk Yayasan Eliud Kipchoge – ditubuhkan pada 2020 – yang menyokong projek pendidikan dan alam sekitar di seluruh dunia.
Bagaimanapun, tarikh serta lokasi bagi kesemua larian yang akan disertai Kipchoge itu belum diumumkan. Peminat yang ingin mengikuti perkembangan projek dan inisiatif ini boleh mengikutinya di eliudrunningworld.com
Featured Image: Eliud Kipchoge