Negeri Sembilan FC Atur Aksi Persahabatan Dengan Pasukan No.197 Dunia

November 6, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang menghuni tangga keenam Liga Super pada ketika ini, Negeri Sembilan FC akan berhadapan dengan skuad kebangsaan yang menghuni tangga ke-197 dunia, Timor Leste.

Menerusi makluman di platform media sosialnya, aksi berstatus perlawanan antarabangsa tier 2 itu dijadualkan berlangsung pada 9hb November (Ahad) – sehari sebelum bermula jendela perlawanan antarabangsa FIFA bagi bulan November iaitu 10hb hingga 18hb November.

Anak-anak buah Nidzam Jamil akan melayan kehadiran dan beradu kekuatan dengan skuad kebangsaan Timor Leste bimbingan José Pedro Alves Salazar di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan sepak mula pada jam 9 malam.

Tiket bagi perlawanan tersebut mula dijual pada hari ini, secara fizikal serta atas talian, dengan tanda harga RM10 bagi tempat duduk terbuka dan RM30 untuk tempat duduk grandstand.

Bagi Timor Leste, ini menjadi aksi pemanas badannya sebelum turun berhadapan Tajikistan bagi perlawanan kelima peringkat Kumpulan A dalam Kelayakan Piala Asia 2027.

Featured Image: Negeri Sembilan FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd