Pengalaman Peringkat Asia Salah Satu Kriteria Pengarah Teknikal Terengganu FC
Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC yang kini berada di tangga keempat Liga Super mengesahkan perancangan untuk mendapatkan khidmat seorang Pengarah Teknikal.
Pengesahan tersebut hadir menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai sambil memaklumkan pihaknya sedang menilai calon-calon yang sesuai samada daripada kalangan tempatan mahupun luar negara.
“Ada (perancangan untuk mendapatkan pengarah teknikal baharu), buat masa ini kita masih menilai calon-calon yang sesuai, saya terbuka kepada (calon) tempatan dan luar negara,” katanya ketika ditemui pihak media dalam Majlis Pengumuman Mills Sebagai Rakan Strategik “Footwear” Rasmi Terengganu FC, pagi tadi.

Tambah Sheikh Farouk, pihaknya menetapkan calon tersebut mestilah mempunyai pengalaman di peringkat asia selain daripada kancah domestik sesuai dengan cita-cita Terengganu FC untuk beraksi di kejohanan asia di masa hadapan.
“Saya rasa pengalaman dalam Liga Super Malaysia dan (peringkat) asia,”
“Kita mementingkan ke hadapan Terengganu FC (beraksi) di peringkat asia,” katanya ketika ditemui pihak media dalam Majlis Pengumuman Mills Sebagai Rakan Strategik “Footwear” Rasmi Terengganu FC, pagi tadi.
Untuk makluman, Tomislav Steinbruckner, dilantik pada Mac 2022, menjadi individu terakhir yang menjawat jawatan berkenaan bersama Terengganu FC.
Sebagai rekod, Steinbruckner menjawat jawatan berkenaan sehingga dilantik oleh Terengganu FC sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan Nafuzi Zain pada Disember 2022.
Featured Image: Terengganu FC