Masters Kumamoto: Jacky Mara Ke Babak Undian Utama

November 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan badminton lelaki negara yang berusia 23 tahun, Jacky Kok Jing Hong memulakan kempennya di Masters Kumamoto Jepun 2025 dengan langkah kanan apabila berhasil mara ke babak undian utama.

Jacky yang berada di ranking ke-71 dunia memulakan kempennya bertemu pemain Chinese Taipei yang sebaya dengannya iaitu Huang Yu Kai di pusingan suku akhir peringkat kelayakan.

Pertarungan tersebut berlangsung sengit dengan tiga set permainan berlangsung sebelum Jacky muncul sebagai pemenang menerusi skor 16-21, 21-19 dan 21-15 dalam masa 55 minit.

Hasil kemenangan itu, Jacky yang mara ke pusingan 32 di babak undian utama akan bertemu wakil India yang berusia 25 tahun dan berada di ranking ke-36 dunia, Kiran George.

Berdasarkan rekod, Jacky dan Kiran belum pernah berentap dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini dan pertembungan sulung melibatkan kedua-duanya akan menentukan pemain yang akan meraih tiket kemaraan ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.

Featured Image: Thailand Interncational Challenge

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd