Luqman Hakim Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Ganti Pemain Naturalisasi

November 11, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang yang pernah berkelana di Belgium, Iceland dan Jepun iaitu Luqman Hakim Shamsudin dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Penyertaan Luqman, sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia, ke dalam kem latihan pusat itu adalah bagi menggantikan pemain naturalisasi, Jordan Mintah.

Dimaklumkan oleh pengurusan skuad kebangsaan bahawa Mintah, 30 tahun, terpaksa meninggalkan kem latihan pusat atas faktor kesihatan.

Sejak kembali ke tanah air, Luqman yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC telah meraih tujuh penampilan bersama kelab berjulukan The Jangs itu.

Bagaimanapun, Luqman masih belum mencetak sebarang jaringan daripada jumlah penampilan yang diraih itu termasuk bantuan gol.

Untuk makluman, kem latihan pusat skuad kebangsaan akan berlangsung sehingga 17hb November sebelum anak-anak buah Peter Cklamovski turun berhadapan Nepal pada 18hb November di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Featured Image: Negeri Sembilan FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd