Kumamoto Masters: Arif-Roy King Langkah Kanan

November 11, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu badminton lelaki No.4 negara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King berhasil mencetak kemenangan di pusingan 32 sekaligus memulakan kempen Masters Kumamoto Jepun 2025 dengan langkah kanan.

Di pusingan tersebut, duo yang turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh itu bertemu gandingan Chinese Taipei yang menduduki ranking ke-46 dunia, Chang Ko-Chi dan Po Li-Wei.

Di atas gelanggang, Arif-Roy King menampilkan persembahan yang memberasangkan serta merekodkan kemenangan bergaya dua set berturut-turut menerusi skor 21-19 dan 21-12 dalam masa 31 minit.

Kemenangan itu membawa Arif-Roy King ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 500.

Bagaimanapun, lawannya belum ditentukan lagi buat masa ini. Mereka akan menantikan samada beregu Jepun yang menduduki ranking ke-32 dunia, Takumi Nomura dan Yuichi Simogami atau gandingan baharu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Lucas Ekarat Wedler. 

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd