Masters Kumamoto: Pang Ron-Su Yin Bertembung Juara Bertahan

November 12, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu badminton campuran No.3 negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran untuk merebut tiket ke suku akhir Masters Kumamoto Jepun 2025.

Pertembungan itu terhasil selepas Pang Ron-Sui Yin memulakan kempennya di kejohanan dengan langkah kanan mengalahkan lawannya dari Chinese Taipei, Wu Hsuan-Yi dan Yang Chu Yun menerusi skor 21-18, 18-21 dan 21-19 pada pusingan 32, hari ini.

Sementara itu, Dechapol-Supissara, yang juga pilihan pertama kejohanan edisi ini mara ke pusingan 16 selepas menumbangkan beregu Jepun, Haruki Kawabe dan Kokona Ishikawa dengan mudah menerusi skor 21-17 dan 21-10.

Menariknya, pertemuan Pang Ron-Su Yin dan Dechapol-Supissara pada hari esok adalah ulangan kepada aksi suku akhir dalam Masters Kumamoto Jepun 2024.

Pada saat itu, Pang Ron-Su Yin buat julung kalinya bertemu Dechapol-Supissara di kejohanan antarabangsa dan ianya berakhir dangan kekalahan menerusi skor 17-21 dan 16-21 dalam masa 33 minit.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd