EURO 2028: Aksi Pembukaan Di Cardiff, Perlawanan Akhir Di Wembley
Hafiz Omar

Kesatuan Bola Sepak Eopah (UEFA) tampil melancarkan secara rasmi jenama kejohanan EURO 2028 yang akan berlangsung di serata United Kingdom (UK) dan Ireland, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Pelancaran itu mendedahkan logo pertandingan secara rasmi selain mengesahkan sembilan lokasi yang akan dijadikan venue perlawanan serta jadual perlawanan.
Sembilan lokasi itu terdiri daripada St James’ Park, Stadium Nasional Wales, Arena Dublin, Villa Park, Stadium Manchester City, Hampden Park, Stadium Everton, Stadium Tottenham Hotspur dan Stadium Wembley.
Perlawanan pembukaan akan berlangsung di Stadium Nasional Wales di Cardiff melibatkan aksi dari Kumpulan A pada 9hb Jun 2028 (waktu tempatan).
Sementara itu, Stadium Wembley di London yang berkapasiti 90,000 tempat duduk itu pula akan menjadi gelanggang yang akan menentukan juara, bakal berlangsung 9hb Julai 2028 (waktu tempatan), bagi edisi ke-18 kejohanan terbabit.
Kejohanan ini masih mengekalkan format dimana 24 buah pasukan terlibat dan akan menyajikan 51 perlawanan yang akan berlangsung selama 31 hari.
Majlis undian bagi pusingan kelayakan EURO 2028 bakal berlangsung pada 6hb Disember 2026 (waktu tempatan) di Belfast, Northern Ireland.
Featured Image: UEFA