Masters Kumamoto: Sze Fei-Izzuddin Bertembung Beregu No.1 Chinese Taipei Di Suku Akhir

November 13, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Bekas beregu lelaki No.1 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Masters Kumamoto Jepun 2025.

Perjalanan pasangan yang turut diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan ini bakal diuji pula oleh beregu No.1 Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan.

Pertemuan dengan Lee-Yang bukanlah sesuatu yang asing buat Sze Fei-Izzuddin di pentas antarabangsa dimana mereka pernah bertembung sebanyak tujuh kali setakat ini. 

Melihat kepada rekod, Sze Fei-Izzuddin dilihat lebih dominan dengan mencatatkan lima kemenangan daripada tujuh pertemuan ke atas Jhe Huei-Po Hsuan.

Terdahulu, Sze Fei-Izzuddin berhasil melangkah ke suku akhir susulan menumbangkan beregu Jepun, Keiichiro Matsui dan Katsuki Tamate yang berada di ranking ke-143 dunia menerusi skor 21-23, 21-13 dan 26-24.

Sementara itu, Jhe Huei-Po Hsuan pula mara selepas menundukkan beregu tuan rumah, Haruki Kawabe dan Kenta Matsukawa menerusi skor 21-18, 16-21 dan 21-14.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd