Belanjawan Johor 2026: Kerajaan Negeri Peruntuk RM55.85 Juta Untuk Sukan

November 14, 2025
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kerajaan Negeri Johor bakal memperuntukkan sebanyak RM55.85 juta secara keseluruhan untuk menjayakan pelbagai inisiatif berkaitan sukan bagi tahun 2026.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan Bangsa Johor Sejahtera di Dewan Negeri Johor, pada Khamis. 

Peruntukan itu dibahagikan kepada dua agenda iaitu “Sukan Berprestasi Tinggi dan Bakat Atlet Johor” serta “Pembangunan Infrastruktur dan Industri Sukan Johor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM24.05 juta dan RM31.80 juta masing-masing.

15 Inisiatif di bawah agenda Sukan Berprestasi Tinggi dan Bakat Johor adalah seperti berikut: 

  1. Jewel Rising – Bola Jaring (RM1 juta) 
  2. Johor For Gold dan Latihan Pusat Para SUKMA (RM7.5 juta) 
  3. Persediaan Penganjuran serta Persiapan Sekretariat Sukan SEA 2027 & Para ASEAN 2027 (RM5.5 juta) 
  4. Karnival Bangsa Johor (RM5.6 juta) 
  5. Johor Sports Ambassador dan Johor Youth Icon (RM1.69 juta) 
  6. JDT Cycling Team (RM1 juta) 
  7. Pembangunan Bakat Sukan Bola Keranjang Johor (RM500,000) 
  8. Johor Open Kabaddi (RM500,000)
  9. Johor Festival Sukan Penjawat Awam Negeri Johor (RM500,000)
  10. Himpunan Pesilat Johor (RM300,000)
  11. Pembangunan Sukan Ragbi (RM1 juta)
  12. Johor E-Sports Championship (RM250,000)
  13. Johor Cycling Series (RM200,000)
  14. Pembangunan Bakat Tinju (RM100,000)
  15. Program Persatuan Orang Pekak (RM100,000)

Sementara itu, 8 inisiatif di bawah agenda Pembangunan Infrastruktur dan Industri Sukan Johor adalah seperti senarai di bawah:

  1. Johor Khabib Gym (RM10 juta)
  2. Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pengerang (RM10 juta)
  3. Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Activator (RM500,000)
  4. Akademi Badminton Johor – LCW (RM5 juta)
  5. Menaik Taraf dan Membaik Pulih Fasiliti Sukan (RM4 juta)
  6. Membina Gelanggang Pickleball (RM1 juta)
  7. Pembangunan Bakat Sukan Pemotoran Kolaborasi bersama JDT Racing (RM1 juta)
  8. Pembangunan Bakat Sukan Permotoran – Motorcross (RM300,000)

Peruntukan ini diumumkan Onn Hafiz bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail dimana Johor perlu menerajui agenda “Sports Nation” menjelang tahun 2030 dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, institusi pendidikan, persatuan sukan dan sektor korporat bagi membentuk sebuah ekosistem sukan yang inklusif, moden dan bertaraf antarabangsa.

Untuk makluman, Onn Hafiz turut memaklumkan Belanjawan Johor 2026 mengunjurkan hasil negeri sebanyak RM2.550 bilion dan unjuran perbelanjaaan sebanyak RM2.546 bilion menjadikan “surplus” sebanyak RM4.457 juta.

Featured Image: Facebook Onn Hafiz Ghazi

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd