Pearly-Thinaah Rangkul Kejuaraan Masters Kumamoto Jepun 2025
Hafiz Omar

Beregu badminton wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merangkul satu lagi gelaran dalam siri Jelajah Dunia BWF apabila muncul juara di Masters Kumamoto Jepun 2025.
Pasangan berusia 25 dan 27 tahun masing-masing itu meraih gelaran berkenaan selepas berjaya menumbangkan wakil tuan rumah, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari ini.
Pearly-Thinaah mencetak kemenangan ke atas Iwanaga-Nakanishi itu menerusi skor 22-20 pada set pertama diikuti 21-19 pada set kedua dalam pertarungan yang memakan masa hampir satu jam lamanya.
Hasil kemenangan itu, Pearly-Thinaah meraih ganjaran wang tunai sebanyak AS$37,525 (~RM155,747) serta memungut 9,200 mata selain daripada gelaran juara itu sendiri.
Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan individu ketiga dijulang oleh Pearly-Thinaah selepas menjuarai saingan Terbuka Thailand 2025 dan Terbuka Artik 2025.
Featured Image: BAM