Terbuka Australia: Sze Fei-Izzuddin Mula Langkah Kanan
Hafiz Omar

Beregu lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil menundukkan pencabarnya dengan mudah sekaligus memulakan kempen Terbuka Australia 2025 dengan langkah kanan.
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Sze Fei-Izzuddin yang bertemu wakil Chinese Taipei, Zhi Wei He dan Huang Jui Hsuan di pusingan 32 menumbangkan mereka secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-10 dan 21-10 dalam masa 24 minit.
Sebagai rekod, itu merupakan pertemuan sulung melibatkan Sze Fei-Izzuddin dan Wei He-Hui Hsuan di pentas antarabangsa setakat ini.
Hasil daripada kemenangan itu, Sze Fei-Izzuddin melangkah ke pusingan 16 bagi siri Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan.
Bagaimanapun lawannya di peringkat itu masih belum dimuktamadkan. Mereka akan menantikan cabaran samada daripada beregu tuan rumah, Rizky Hidayat dan Frengky Wijaya Putra (ranking ke-383) atau beregu Chinese Taipei, Liu Kuang Heng dan Yang Po Han (ranking ke-22).