Terbuka Australia: Wei Chong-Kai Wun Atasi Gandingan Baharu Denmark

November 20, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu badminton lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun nampaknya tidak mempunyai masalah untuk menundukkan gandingan baharu Denmark sekaligus mara ke suku akhir Terbuka Australia 2025.

Sebelum mencetak kemaraan, Wei Chong-Kai Wun yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan merekodkan kemenangan bergaya ke atas Christian Faust Kjær dan Rasmus Kjær di pusingan 16, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun hanya memerlukan masa selama 28 minit sahaja untuk menumpaskan beregu yang menghuni ranking ke-413 dunia itu menerusi skor 21-11 dan 21-16.

Kemenangan itu membuatkan Christian-Rasmus terpaksa akur menamatkan kempennya di Jelajah Dunia BWF Super 500 ini setakat pusingan 16 sahaja. Namun begitu, ianya lebih baik berbanding penampilan mereka di Masters Kumamoto Jepun pada minggu lalu dimana mereka terkandas seawal pusingan 32.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun yang mara ke peringkat seterusnya akan bertemu samada beregu senegara, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal atau pasangan dari negara jiran tetangga, Indonesia, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd