Terbuka Australia: Sze Fei-Izzuddin Ke Separuh Akhir

November 21, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu badminton lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir di Terbuka Australia 2025.

Sze Fei-Izzuddin mencetak kemaraan itu selepas berhasil mengetepikan cabaran gandingan senior Malaysia-Korea iaitu Goh V Shem dan Choi Sol Gyu di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Goh-Choi tidak memberikan laluan mudah buat Sze Fei-Izzuddin. Mereka terpaksa bertarung tiga set perlawanan yang memakan masa lebih satu jam sebelum menoktahkannya menerusi skor 21-13, 20-22 dan 22-20.

Hasil daripada keputusan itu, Sze Fei-Izzuddin yang melangkah ke suku akhir akan bertemu beregu Indonesia yang menduduki ranking ke-32 dunia, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.

Terdahulu, Raymond-Nikolaus mara selepas mengetepikan beregu lelaki No.3 Malaysia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menerusi skor 21-15, 19-21 dan 21-15.

Featured Image: Facebook VICTOR

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd