Terbuka Australia: Tang Jie-Ee Wei Ketepikan Pilihan Kelima
Hafiz Omar

Beregu badminton campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melanjutkan kempen di Terbuka Australia 2025 ke peringkat separuh akhir selepas mengetepikan pilihan kelima kejohanan.
Pilihan kelima kejohanan terbabit dari Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan tewas di tangan Tang Jie-Ee Wei secara dua set berturut-turut menerusi skor 17-21 dan 15-21 dalam masa 37 minit.
Keputusan itu menjadikan Tang Jie-Ee Wei kini mendahului rekod pertemuan kepada empat kemenangan daripada lima pertemuan di pentas antarabangsa.
Sementara itu, beregu Thailand yang menduduki ranking ke-65 dunia, Pakkapon Teeraratsakul dan Sapsiree Taerattanachai menjadi cabaran yang seterusnya buat Tang Jie-Ee Wei.
Pakkapon-Sapsiree yang mula bergandingan sejak September lalu mara selepas mengejutkan beregu Chinese Taipei yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang.
Pasangan berusia 21 dan 33 tahun itu menyudahkan pertarungan sengit itu menerusi skor 17-21, 21-15 dan 21-12 dalam masa 58 minit.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia