Sekatan Perpindahan, Terengganu FC Telah Buat Bayaran Kepada Pemain
Hafiz Omar

Kelab bola sepak berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC yang kini dikenakan sekatan pendaftaran atau sekatan perpindahan sebanyak tiga memaklumkan telah membuat pembayaran kepada pemain import pada musim lepas.
Tanpa mendedahkan pemain yang membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan, Terengganu FC yang kini berada di tangga kelima Liga Super menjelaskan bayaran itu telah dibuat sebelum daripada badan induk itu menguatkuasakan sekatan terbabit.
“Tindakan ini diambil sebagai komitmen kelab untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cepat dan teratur.”
“Pihak kelab telah menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi memaklumkan pembayaran yang telah dilakukan.” demikian makluman oleh pihak kelab menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan pada hari ini.
Terengganu FC menjelaskan pihaknya masih menunggu maklumkan balas rasmi daripada badan induk berkenaan serta akan mematuhi sebarang keputusan yang ditetapkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Sebagai rekod, Terengganu FC disenaraikan dalam laman sesawang “FIFA Registration Ban List” bermula 21hb November 2025 (Jumaat) bagi tempoh tiga kali jendela perpindahan.