Stadium Darul Makmur Pasang Panel Solar di Bumbung

November 25, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Stadium yang pernah menjadi gelanggang rasmi buat Sri Pahang FC iaitu Stadium Darul Makmur kini dilengkapi dengan panel solar.

Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) selaku pihak pengurusannya memaklumkan pemasangan panel solar itu dilakukan di atas bumbung pentas utama atau “grandstand” – sebagai usaha ke arah penggunaan tenaga yang lebih hijau dan cekap sambil mengepilkan lima foto panel solar.

Laman sosial rasminya turut mengepilkan lima foto memperlihatkan keadaan semasa bumbungnya selepas panel solar itu siap dipasang.

Untuk makluman, ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak pihak pengurusan bagi memodenkan dan menaik taraf stadium yang mampu memuatkan sekitar 40,000 penonton itu.

Sebelum ini, stadium yang dirasminkan pada tahun 1973 itu telah menukar rumput padangnya kepada jenis Bermuda Tifgrand, menaik taraf trek dan balapan serta pembinaan “corporate box”.

Featured Image: Perbadanan Stadium PSDM Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd